Zaman Batu
1. Zaman Batu Awal (Paleolitik)
Tahun : 8,000 tahun S.M
Penempatan : Gua-gua batu kapur berhampiran puncca air
(Gua Badak & Kota Tampan ,Perak, Gua Niah, Sarawak dan Tingkayu ,Sabah )
ancaman binatang buas dan cuaca buruk.
Pekerjaan : berburu ,bertukang dan senjata
2. Zaman Batu Tengah (Mesolitik)
Tahun : 5,000 tahun S.M
Penempatan : Sebahagian besar di Gua Batu kapur, Pinggir2 Laut
(Gua Cha-Kelantan, Gua Kecil-Pahang, Jenderam Hilir-SelangorGua Madai,
GuaTengkorak, Gua Kamantong di Sabah, Gua Niah-Sarawak)
Pekerjaan : Berburu dan menangkap ikan, bercucuk tanam
Aktiviti : pertukaran hasil tembikar dari penduduk pendalaman dan kulit- kulit siput penduduk pinggir pantai sebagai gantian kepada barang makanan.
3. Zaman Batu Baru (Neolitik)
Tahun : 2,500 tahun S.M
Penempatan : Kebanyakkannya di persisiran pantai dan sedikit di dalam gua
Pekerjaan : berburu, menangkap ikan , bercucuk tanam dan berdagang
Aktiviti : lebih maju dari zaman sebelum dengan kehidupan yang lebih tersusun dan teratur.
Wujudnya aktiviti perdagangan seperti hasil laut iaitu ikan ,siput ,kerang dan
hasil hutan seperti damar,rotan,cendana, kayu gaharu dan gading.
Pembaharuan : -alat-alat baru seperti kapak,pisau dan beliung
-perahu untuk berdagang- barang-barang perhiasan seperti gelang,batu kawi
untuk perhiasan diri dan mengecat tembikar
Zaman Logam (Gangga-Besi)
Zaman batu berakhir dengan zaman logam (gangga besi) dimana pembaharuan dan teknologi mula dijelajahi dan dipraktikkan seterusnya mewujudkan masyarakat bertamadun. Sistem kenegaraan dan beraja wujud selepas ini.
Tahun : 5 S.M hingga Abad 2 T.M
Penempatan : kawasan lapang,di tepi sungai dan persisiran pantai (penempatan paling penting di
Sungai Lang ,Selangor dan batu Buruk,Terengganu.
Aktiviti : lebih tersusun dari ketiga-tiga zaman terdahulu dengan kerja-kerja memburu,
bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menangkap ikan,berternak, melombong
dan berdagang.
Pembaharuan : -penciptaan barangan besi untuk menebas,menggali dan menebang pokok dan
perlombongan (tulang mawas)
-kepercayaan kepada adat dan kepercayaan dengan menanam mayat berbatu
keping dan keranda
Sumber : Malaysia Kita, web-web semasa
No comments:
Post a Comment