1. Bagi mengelak ‘caj bayaran lewat’, mengikut seksyen 32 Akta Pengambilan Tanah 1960, pemohon hendaklah (shall) membayar pampasan
………………………………………………….
A. dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Borang G
B. dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Borang H
C. dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima Borang H
D. dalam tempoh genap masa
2. Manakah di bawah ini bukan menjadi syarat untuk membuat bantahan ke Mahkamah ?
A. Menggunakan Borang N dan dibuat melalui Pentadbir Tanah
B. Terima jumlah pampasan seperti yang tercatit di dalam Borang H
C. Terima dengan bantahan jumlah pampasan seperti yang tercatit di dalam Borang H
D. Bayar deposit bila diminta oleh Pentadbir Tanah
3. Bilakah masa paling awal ‘ambil milik’ boleh dilakukan oleh Pentadbir Tanah?
A. Pada atau selepas 15 hari ‘notis awam’ Borang E disempurnakan mengikut seksyen 52 Akta Pengambilan Tanah 1960
B. Pada atau selepas 15 hari Borang H diserahkan mengikut seksyen 16 Akta Pengambilan Tanah 1960
C. Pada atau selepas 15 hari Borang K diserahkan mengikut seksyen 22 Akta Pengambilan Tanah 1960
D. Selepas bayaran pampasan dibuat
4. Sebelum ‘notis awam’ Borang E disempurnakan, Pentadbir Tanah hendaklah……………………. seperti yang dikehendaki oleh seksyen 9 Akta Pengambilan Tanah 1960.
A. pastikan penandaan atas tanah kawasan yang terlibat telah dibuat
B. catatan dalam dokumen hakmilik daftar telah disempurnakan
C. tanda tangan borang tersebut (Borang E)
D. A dan B di atas
5. Apabila tanah-tanah yang terlibat dengan pengambilan telah diwartakan di bawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960, bilakah masa paling awal Pentadbir Tanah boleh menjalankan siasatan pengambilan?
A. Bila-bila masa selepas itu
B. Tidak kurang 21 hari dari tarikh Borang E
C. Tidak kurang 21 hari dari tarikh notis Borang E di tampal
D. Tidak kurang 21 hari dari tarikh notis Borang E diserah
6. Pewartaan dibawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 berkuatkuasa selama 2 tahun dari tarikh warta sehingga………………
A. siasatan dijalankan
B. perintah Borang G dibuat
C. tarikh siasatan dijalankan
D. Notis Borang K diserahkan
7. Manakah kenyataan-kenyataan di bawah yang benar mengenai pewartaan dibawah seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960?
I. Berkuatkuasa selama 12 bulan dari tarikh warta
II. Tidak perlu dicatat dalam dokumen hakmilik daftar
III. Tempoh pewartaan yang telah luput semua prosiding terbatal
IV. Tempoh pewartaan boleh dilanjutkan
V. Tujuan pewartaan untuk kajian kesesuaian tanah
A. I dan II sahaja
B. I, II, IV dan V
C. I, III, V dan VI sahaja
D. II dan IV
8. Mengikut seksyen 29A Akta Pengambilan Tanah 1960, jika pihak yang memohon pengambilan tanah ingin membuat bantahan ke Mahkamah, mereka hendaklah (shall) membayar………………amaun bayaran pampasan kepada orang berkepentingan (tuan tanah).
A. keseluruhan
B. hanya 75% daripada
C. hanya 25% daripada
D. hanya separuh daripada
9. Pemohon pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 boleh menarik balik permohonan tersebut (tak jadi ambil) sebelum………………...................................................................................
A. pewartaan di bawah seksyen 4
B. pewartaan di bawah seksyen 8
C. pembayaran pampasan di bawah seksyen 16
D. ambil milik di bawah seksyen 22
10. Mengapakah pampasan tidak dibayar untuk pokok-pokok yang ditanam atau tumbuh secara semula jadi di atas tanah yang terlibat dengan pengambilan?
Berdasarkan soalan di atas, kenyataan manakah yang tepat.
A. pokok dan tanaman termasuk dalam tafsiran tanah mengikut
Kanun Tanah Negara
B. mengikut Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 pokok tidak dibayar
C. pokok tiada dalam tafsiran Seksyen 2 Akta Pengambilan Tanah 1960
D. pemohon tidak akan membayar
11. Berikut adalah tindakan yang mesti dilakukan oleh Pentadbir Tanah mengikut Seksyen 9 APT 1960.
A. penandaan diatas tanah
B. penyerahan Borang E
C. menampal Borang E
D. pewartaan Borang D
12. Salah satu daripada senarai di bawah, adalah tindakan yang mesti (shall) dilakukan oleh Pentadbir Tanah mengikut seksyen 25 Akta Pengambilan Tanah 1960.
A. penyerahan Borang K kepada orang berkepentingan
B. Memohon pengukuran dibuat jika pengambilan hanya melibatkan
sebahagian daripada lot
C. membayar wang pampas an kepada orang berkepentingan
D. penarikan balik dari pengambilan kerana peruntukan tidak
mencukupi
13. Pembayaran deposit untuk tujuan bantahan ke Mahkamah adalah sebanyak …
A. RM 3,000.00 atau 10% mana yang lebih
B. 10% daripada amaun dituntut mana yang kurang
C. RM3,000.00 atau 10% daripada amaun dituntut, mana yang kurang
D. RM3,000.00 atau 10% daripada award, mana yang kurang
Soalan 14 hingga 18 berdasarkan kenyataan di bawah:
Tarikh pewartaan seksyen 4 1.2.2008
Tarikh pewartaan seksyen 8 1.12.2008
Tarikh tanda tangan Borang E 15.12.2008
Tarikh tampal Borang E 16.12.2008
Tarikh serah Borang E 20.12.2008
Tarikh siasatan pengambilan 20.1.2009
Tarikh perintah Borang G 20.1.2009
Tarikh Borang H 1.2.2009
Tarikh serah Borang H 15.2.2009
Tarikh terima Borang H 15.2.2009
Tarikh ambil milik 16.3.2009
14. Tarikh siasatan pada 20.1.2009 adalah menepati seksyen 10 Akta Pengambilan Tanah 1960 kerana…
A. melebihi 21 hari dari tarikh serah Borang E
B. melebihi 21 hari dari tarikh penampalan notis awam Borang E
C. melebihi 21 hari dari tarikh tandatangan notis awam Borang E
D. melebihi 21 hari dari tarikh warta seksyen 8 Akta Pegambilan
Tanah 1960
15. Pemohon meminta Pentadbir Tanah mengambil milik tanah melalui Perakuan Kedesakan Borang I. Tarikh paling awal Pentadbir Tanah boleh mengambil milik tanah tersebut adalah pada atau selepas 15 hari dari …
A. 1.12.2008
B. 15.12.2008
C. 16.12.2008
D. 16.3.2009
16. Mengikut perenggan 1 Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960, tarikh nilai pasaran tanah yang terlibat dengan pengambilan adalah ditetapkan pada…
A. 1.2.2008
B. 1.12.2008
C. 12.12.2008
D. 20.1.2009
17. Bayaran pampasan mesti dibuat oleh pemohon dalam tempoh 3 bulan dari tarikh…
A. 20.1.2009
B. 1.2.2009
C. 15.2.2009
D. 16.3.2009
18. Jika tuan tanah hadir semasa siasatan dan perintah dibuat dan beliau ingin membuat bantahan ke Mahkamah mengikut seksyen 37 Akta Pengambilan Tanah 1960, tempoh masa yang ditetapkan adalah 6 minggu dari tarikh…
A. 20.1.2009
B. 1.2.2009
C. 15.2.2009
D. 16.3.2009
19. ‘Orang berkepentingan’ mempunyai tempoh 6 minggu dari tarikh perintah Borang G untuk membuat bantahan ke Mahkamah. Jika tempoh tersebut telah luput, siapakah yang boleh membenarkan perlanjutan tempoh jika orang berkepentingan masih ingin meneruskan bantahannya?
A. Mahkamah
B. Mahkamah Tinggi
C. Pihak Berkuasa Negeri
D. Pengarah Negeri
20. Jika orang berkepentingan itu hadir semasa Pentadbir Tanah membuat award, tempoh bagi beliau membuat bantahan ke mahkamah adalah …
A. 6 minggu dari tarikh Pentadbir Tanah membuat award
B. 6 minggu dari tarikh Borang H
C. 6 minggu dari tarikh terima Borang H
D. 6 minggu dari tarikh Borang G
21. Menurut Akta Pengambilan Tanah 1960, berikut adalah definisi ‘orang berkepentingan’ kecuali...
A. Pemilik Tanah
B. Pemohon
C. Penyewa mengikut ihsan
D. Pemajak tanah
22. Jika tuan tanah ingin membuat bantahan ke Mahkamah mengikut seksyen 37 Akta Pengambilan Tanah 1960, pemohon hendaklah membayar pampasan …
A. kesemuanya
B. hanya 75% daripada amaun pampasan tersebut
C. hanya 25% daripada amaun pampasan tersebut
D. tidak perlu bayar hingga keputusan telah dibuat oleh Mahkamah
23. Borang yang berkaitan dengan ‘ambil milik' adalah
A. Borang K
B. Borang L
C. Borang M
D. Borang N
24. Notis Borang E adalah Notis Siasatan pengambilan tanah. Notis tersebut hendaklah (shall) ditampal (posted) mengikut seksyen 52 dan diserahkan kepada orang berkepentingan mengikut seksyen 53. Dimanakan notis itu mesti ditampal?
i. Di Pejabat Tanah Daerah
ii. Di papan kenyataan awam
iii. Di atas tanah terlibat atau berhampiran dengan tanah itu
iv. Di mana-mana sahaja
A. i sahaja
B. i dan ii sahaja
C. i,ii dan iii sahaja
D. iv sahaja
25. Semasa siasatan mengikut seksyen 12 Akta Pengambilan Tanah 1960 dijalankan, tuan punya tanah memohon kepada Pentadbir Tanah supaya membayar gantirugi pokok buah-buahan yang terlibat dengan pengambilan. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Pentadbir Tanah?
A. Membayar sepertimana yang dipohon
B. Tidak membayarnya kerana tidak dibenarkan oleh Akta
C. Tidak membayarnya kerana tidak dipersetujui oleh pemohon
D. Tidak mengambil apa-apa tindakan
Soalan 26 dan 27 adalah berkaitan.
26. ‘Orang berkepentingan’ yang bercadang untuk membuat bantahan ke Mahkamah mengikut seksyen 37 Akta Pengambilan Tanah 1960 hendaklah menggunakan…
A. Borang M
B. Borang N
C. Borang O
D. Borang P
27. Selain daripada menggunakan Borang seperti soalan 26 di atas. Manakah antara berikut merupakan syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi oleh pemohon.
i. Bantahan dibuat dalam tempoh 6 minggu dari tarikh perintah, jika pemohon hadir
ii. Bayar deposit sebanyak RM3,000.00
iii. Bayar deposit sebanyak RM3,000.00 atau 10% daripada amaun dituntut, mana yang kurang
iv. Terima pampasan dengan bantahan
A. i sahaja
B. i dan ii sahaja
C. i dan iii sahaja
D. i, iii dan iv sahaja
PEMOHON TUJUAN PENGAMBILAN
i. TNB Pencawang elektrik
ii. PETRONAS Rumah kakitangan
iii. KEJORA Kuarters kakitangan
iv. PERDA Perumahan
v. JABATAN PERUMAHAN NEGARA Rumah Kos Rendah
vi. KEMENTERIAN PELAJARAN Sekolah Rendah
vii. UEM Kolej Matrikulasi
Soalan 28 hingga 30 berdasarkan kenyataan di atas.
28. Siapakah yang boleh memohon pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960
A. i, ii dan iii sahaja
B. ii, iii dan iv sahaja
C. iii, iv, v dan vi sahaja
D. vi sahaja
29. Siapakah yang boleh memohon pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960
A. i sahaja
B. i dan vii sahaja
C. i , ii dan vii sahaja
D. i, ii, iii dan vii sahaja
30. Siapakah yang boleh memohon pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(c) Akta Pengambilan Tanah 1960
A. i sahaja
B. ii sahaja
D. i, ii dan vii sahaja
D. semua jawapan di atas tidak berkaitan
31. Sekiranya hanya sebahagian sahaja bangunan terlibat dengan pengambilan dan tuan punya bangunan memohon supaya keseluruhan bangunan tersebut diambil, apakah tindakan yang boleh diambil oleh Pentadbir Tanah?
A. Ambil keseluruhan bangunan
B. Ambil sebahagian
C. Terpulang kepada Pentadbir Tanah
D. Tidak berkaitan
32. Notis Awam atau Notis Umum juga dikenali sebagai...
A. Notis Borang A
B. Notis Borang B
C. Notis Borang C
D. Notis Borang F
33. Menurut seksyen 35 Akta Pengambilan Tanah 1960, penarikan daripada pengambilan boleh dibuat dengan syarat …
A. pewartaan seksyen 8 belum dibuat
B. Borang E belum ditampal
C. Borang E belum diserah kepada penduduk
D. Borang K belum diserah kepada penduduk atau tuan tanah
34. Manakah di bawah ini merupakan perkara-perkara yang mesti {shall} dilakukan apabila penarikan daripada pangambilan berlaku
I. pewartaan penarikan
II. siasatan untuk menentukan amaun pampasan kerana kerosakan jika ada
III. membuat catatan mengenai penarikan balik dalam dokumen hakmilik daftar komputer
IV. penandaan
A. i sahaja
B. i dan ii sahaja
C. i, ii dan iii sahaja
D. iv sahaja
35. Tuan tanah tidak boleh membuat bantahan ke Mahkamah dalam keadaan berikut
A. Jumlah pampasan apa-apa kepentingan tidak melebihi RM3,000.00
B. Jumlah pampasan mana-mana tanah melebihi RM3,000.00
C. Jumlah pampasan mana-mana tanah melebihi RM15,000.00
D. Tuan tanah memerima pampasan yang diaward
36. En. Hamidon tuan punya tanah tidak hadir pada masa siasatan pengambilan dijalankan kerana beliau tidak mendapat notis Borang E, tetapi beliau diberi Borang H apabila alamatnya dapat dikesan. Seterusnya beliau ingin membuat bantahan ke Mahkamah mengikut seksyen 37 Akta Pengambilan Tanah 1960 kerana tidak bersetuju dengan award (perintah) yang dibuat. Tempoh beliau membuat bantahan ialah ………………….
a. 6 bulan dari tarikh award
b. 6 minggu dari tarikh award
c. 6 minggu dari tarikh terima Borang H
d. 6 minggu dari tarikh Borang H
37. Mengikut seksyen 7 Akta Pengambilan Tanah 1960, DUA perkara hendaklah {shall} disedia dan dikemukakan oleh Pentadbir Tanah kepada Pihak berkuasa Negeri untuk kelulusan pengambilan tanah
I. pelan tanah-tanah yang terlibat
II. senarai tanah terlibat di dalam Borang C
III. lapuran teknikal
IV. Borang D
a. i dan ii sahaja
b. ii dan iii sahaja
c. iii dan iv sahaja
d. Tiada yang berkaitan
38. Mengikut seksyen 16 Akta Pengambilan Tanah 1960, setelah Pentadbir Tanah membuat perintah di bawah seksyen 14, Pentadbir Tanah hendaklah {shall} menyedia dan menyampaikan ………………. kepada orang berkepentingan.
a. Borang G
b. Borang H
c. Borang K
d. Bayaran pampasan
39. Mana satu yang tiada kaitan dengan pewartaan di bawah seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960
a. Tujuan warta untuk kajian kesesuaian tanah
b. Kuatkuasa warta adalah 12 bulan dari tarikh warta
c. Apabila warta disiarkan, tanah pasti akan diambil
d. Jika kajian belum selesai, warta boleh dilanjutkan
40. ‘Orang berkepentingan’ mempunyai suatu jangkamasa yang dibenarkan oleh Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk membuat bantahan ke Mahkamah. Jika jangkamasa tersebut luput, siapakah yang boleh membenarkan perlanjutan tempoh jika orang berkepentingan masih ingin meneruskan bantahannya?
a. Mahkamah
b. Mahkamah Tinggi
c. Pihak Berkuasa Negeri
d. Pengarah Negeri